Telah lama meninggalkan blog. Jarang update cerita atau berita sedih mahupun gembira di sini. Saya telah melalui banyak fasa kehidupan sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan saya kadang-kadang menemui erti kehidupan dalam setiap ujian yg ditempuhi. Ia menjadikan saya bertambah matang. Alhamdulillah.
Jawhar telah bersekolah. Suami masih di KL. berulang alik. Itu sahaja punca pendapatan tetap yg ada. Harus meredhoi sebuah hubungan jarak jauh ini. Semoga Allah menetapkan dia untukku dan aku tetap untuknya.. Amin..
Sekarang telah masuk bulan Syaaban. Sekitar 3 minggu lg, kita akan berpuasa pula. Semoga Allah sempatkan aku menemui Ramadhan dan dapat beraya bersama suami dan keluarga tercinta. Juga semoga aku sihat sejahtera dan mampu menggandakan ibadat di bulan puasa nnt. Amin ya Rabbal'alamin.
Sekian dahulu buat penambah entry. Membeku tanpa berita untuk tatapan masa hadapan, membuat diri rasa rugi.
No comments:
Post a Comment