Pages

Sunday, January 29, 2012

Mee Kuning - Perniagaan saya

Saya akan menyambung semula perniagaan saya. Saya dan suami lahirkannya pada April 2010. Dalam masa terdekat ini, saya akan menyambung semula setelah lama saya berhenti (pause) kerana bersalin dan membesarkan Nuruddin Fitri. Sebenarnya, saya tidak suka tinggalkannya di tempat jagaan swasta atau pengasuh. Rasa takut juga. sebab lama tk buat mee.


Ya! Saya memproses mee kuning. Tiada asid borik. Dan tiada pengawet. Sebelum ni, ramai yang meminati mee kami, Mee AlJawahir.. Susah juga bila nk start semula ni. Start from 0 again. Nak masuk ke pasaran pun bermula dari zero. Apapun semoga Allah memudahkan kerjaya saya dan sentiasa menganugerahkan saya kecekalan, ketabahan, kebijaksanaan dan kemampuan. Saya mahu mood-mood positif sahaja mulai sekarang. Saya juga mahu lupakan cakap-cakap orang yang hanya merugikan saya (kalau berguna tak apa lah jugak).

DIANA!! Jangan putus asa!!

1 comment:

  1. salam.........
    boleh tak berkongsi bagaimana nak menghasilkan mee yang cantik dan tahan lama

    ReplyDelete