Pages

Wednesday, October 17, 2012

Kerana Anak

Aku mempunyai dua org anak lelaki. Jawhar dan Fitri terlalu taksub dgn permainan zaman moden. Lebih-lebih lagi dengan keberadaan Tab dan tel bimbit menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa tanpa merangsang pemikiran.

Untuk mengelakkan hobinya yang tk brapa bagus itu terus menjadi hobi tegar, aku melayaninya memancing ikan setiap petang jika tiada hujan dan cuaca mengizinkan. Dahulu aku bukanlah seorang kanak-kanak yang gemar bermain selut, lumpur, cacing, dan memanjat pokok. Namun dengan kehadiran cahaya mata lelaki, aku kini belajar memancing dan membuang rasa geli mencari umpan lalu memasang umpan pada mata kail. Allahuakbar. Tak tahu ke mana hilang rasa geli dan kotor aku dulu yang tk bertempat itu. Padahal aku anak petani! Bukan aku sahaja yang mendidik anak. Rupanya dalam tidak sedar, anak juga mendidik aku.

Wednesday, September 26, 2012

Perginya seorang yg sangat istimewa




Emak telah meninggalkan kami pada 11 Sept 2012. Tarikh yang sangat diketahui seluruh dunia dan merupakan sejarah buruk lagi menyakitkan buat rakyat Amerika. Siapa sangka ianya juga sangat menyakitkan buat aku. Sesungguhnya, ini semua ialah rahsia Allah.. Sudah berkali-kali hati berkata. Lidah menyebut. Mak akan pergi. Tapi tidak pernah mengambil peduli menyangka ianya ialah bisikan syaitan yg menyesatkan..

Thursday, June 28, 2012

Kehidupan ku

Assalamualaikum wb.

Telah lama meninggalkan blog. Jarang update cerita atau berita sedih mahupun gembira di sini. Saya telah melalui banyak fasa kehidupan sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan saya kadang-kadang menemui erti kehidupan dalam setiap ujian yg ditempuhi. Ia menjadikan saya bertambah matang. Alhamdulillah.

Jawhar telah bersekolah. Suami masih di KL. berulang alik. Itu sahaja punca pendapatan tetap yg ada. Harus meredhoi sebuah hubungan jarak jauh ini. Semoga Allah menetapkan dia untukku dan aku tetap untuknya.. Amin..

Sekarang telah masuk bulan Syaaban. Sekitar 3 minggu lg, kita akan berpuasa pula. Semoga Allah sempatkan aku menemui Ramadhan dan dapat beraya bersama suami dan keluarga tercinta. Juga semoga aku sihat sejahtera dan mampu menggandakan ibadat di bulan puasa nnt. Amin ya Rabbal'alamin.

Sekian dahulu buat penambah entry. Membeku tanpa berita untuk tatapan masa hadapan, membuat diri rasa rugi.

Sunday, January 29, 2012

Mee Kuning - Perniagaan saya

Saya akan menyambung semula perniagaan saya. Saya dan suami lahirkannya pada April 2010. Dalam masa terdekat ini, saya akan menyambung semula setelah lama saya berhenti (pause) kerana bersalin dan membesarkan Nuruddin Fitri. Sebenarnya, saya tidak suka tinggalkannya di tempat jagaan swasta atau pengasuh. Rasa takut juga. sebab lama tk buat mee.


Ya! Saya memproses mee kuning. Tiada asid borik. Dan tiada pengawet. Sebelum ni, ramai yang meminati mee kami, Mee AlJawahir.. Susah juga bila nk start semula ni. Start from 0 again. Nak masuk ke pasaran pun bermula dari zero. Apapun semoga Allah memudahkan kerjaya saya dan sentiasa menganugerahkan saya kecekalan, ketabahan, kebijaksanaan dan kemampuan. Saya mahu mood-mood positif sahaja mulai sekarang. Saya juga mahu lupakan cakap-cakap orang yang hanya merugikan saya (kalau berguna tak apa lah jugak).

DIANA!! Jangan putus asa!!