Pages

Wednesday, October 17, 2012

Kerana Anak

Aku mempunyai dua org anak lelaki. Jawhar dan Fitri terlalu taksub dgn permainan zaman moden. Lebih-lebih lagi dengan keberadaan Tab dan tel bimbit menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa tanpa merangsang pemikiran.

Untuk mengelakkan hobinya yang tk brapa bagus itu terus menjadi hobi tegar, aku melayaninya memancing ikan setiap petang jika tiada hujan dan cuaca mengizinkan. Dahulu aku bukanlah seorang kanak-kanak yang gemar bermain selut, lumpur, cacing, dan memanjat pokok. Namun dengan kehadiran cahaya mata lelaki, aku kini belajar memancing dan membuang rasa geli mencari umpan lalu memasang umpan pada mata kail. Allahuakbar. Tak tahu ke mana hilang rasa geli dan kotor aku dulu yang tk bertempat itu. Padahal aku anak petani! Bukan aku sahaja yang mendidik anak. Rupanya dalam tidak sedar, anak juga mendidik aku.